kutukan yanG menjelikkan..

30 Januari 2011..

semua orang merasakan dirinya sempurna, betul dalam semua hal. hakiaktnya dalam dunia ini tiada yang sempurna dan betul sentiasa. tetap akan ada khilafnya. samada kita ingin mengakuinya atau tidak itu terserah pada penilaian diri masing-masing. tapi ada lagi ke manusia yang ingin mengakui kelemahan atau kesalahan diri sendiri? begitu juga dengan orang yang menulis blog ini. (merujuk diri sendiri =D).
terkadang terfikir juga apa kuasa kita untuk membicarakan hal orang lain baik maksud mengutuk. aku sendiri tidak faham walaupun kekadang aku pun suka mengutuk. bayangkan aku adalah seorang wanita islam, menutup aurat tapi hal yang paling asas dalam kehidupan masih lagi aku ingkari. dimana nilai-nilai positif yang patut ada dalam diri setiap wanita muslim yang menutup auratnya dengan hijab? malu aku melihat diri yang tidak  dewasa dengan peningkatan umur. masih lagi berada ditempat yang sama akal fikiran tanpa merubah ke arah yang lebih baik.
hentikan herdikan ke atas mereka yang kau sangka lemah kerana kau belum lagi melihat kelebihannya takut nanti diri sendiri yang malu. sepatutnya kita saling berkerjasama diantara satu sam lain seperti Harry Potter dan kawan-kawan. ;)

10:38 pm
dirUmah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan